Showing posts with label Seloka. Show all posts
Showing posts with label Seloka. Show all posts

Pedoman belia



PEDOMAN BELIA


Ingat pesan-ku wahai belia,

Jangan berdusta, jangan terpedaya,

Jangan kikir kasehkan kaya,

Jangan boros yang sia-sia.

Jangan mengata, jangan mengeji,

Jangan aniaya bengis dan benchi,

Jangan takabbur diri di-puji,

Jangan sa-kali memungkir janji.


Judi dan arak jagan biasa,

Luchah dan chabul jagan selesa,

Usah bermain ular yang bisa,

Lambat bangat-nya dapat binasa.

Jangan meminjam jangan berhutang,

Jangan meminta Bantu sementang,

Bergantong ka-orang hendak-lah pantang,

Bebas kehidupan sentiasa tatang.


Meminjam jagan meminjamkan jangan,

Barang di-pinjam kerap kehilangan,

Sahabat peminjam renggang di-tangan,

Hutang merosakkan maruah pandangan.

Jangan biasakan meminta tolong,

Ka-sini tersembah ka-sana terlolong,

Ikhtiar sendiri bantut bergulong,

Akhir-nya kebolehan lenyap terlelong.

Lateh-lah diri sifat merdeheka,

Daya sendiri sa-genap ketika,

Jangan sombongkan asal dan baka,

Atau kelebehan adek dan kakak.

Bangau yang hitam choba layangkan,

Besi yang tawar kilir tajamkan,

Waja yang keras dapat padukan,

Allah kurniai dapat menjayakan.



Ingat selalu akan Tuhan-mu,

Tuhan pun tentu ingat 'kan kamu,
Jahat dan keji tidak tersemu,

Bahaya benchana jauh bertemu.

Semua manusia adek-beradek,

Semua dunia satu geladek,
Bantu-membantu itu-lah didek,
Jangan bermusoh, tengking dan herdek.

Sakit dan susah walau pun mati,

Semua di-tanggong bersunggoh hati,

Kerana fa'edah orang berketi,

Mengorbankan diri itu-lah erti.


Sa-baik2 orang ada jahat-nya,

Sa-jahat2 orang ada baik-nya,

Tidak-lah sa-yogia barang siapa-nya,

Menyalahkan orang, tidak diri-nya.

Dalam perkara perhubongan negeri,

Sangat mustahak bijak bestari,

Runding meshuarat ambil dan beri,

Jalan muafakat hendak di-chari.

Demikian ku-rasa dalam diri-ku,

Benarnya tetap dapat di-aku,

Banyak yang lain dalam hati-ku,

Ku-tunjokkan Hanya sampul sa-buku.


Sa-lain ini rasa ku-sangka,

Tidak-lah s-yogia aku berbeka,

Pintu yang ghaib tidak ku-buka,

Kapada Allah harus belaka.


Pada-lah itu aku khabari,

Ingatlah semua, muda jauhari,

Kira-nya kabul Allah memberi,
Diri-mu jadi pemuleh negeri.




Seloka Malas Sembahyang

Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah
hidup senang rezeki datang melimpah,
nak dirikan sembahyang rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Atau nak tunggu Allah tarik nikmatku sampai menangis keluar air mata darah

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!

sembahyang itu tiang agama
lima waktu jangan tak cakna
nikmat diberi tidak terhingga
apa disuruh kena dilaksana

apa disuruh kena dilaksana
jangan pulak buat2 lupa
sesibuk mana urusan dunia
tanpa keberkatanNya boleh ke berjaya