Seloka Malas Sembahyang

Apasal laa, aku belum terfikir nak bentang sejadah
hidup senang rezeki datang melimpah,
nak dirikan sembahyang rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Atau nak tunggu Allah tarik nikmatku sampai menangis keluar air mata darah

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam siang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,
takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang..

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...

Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,
Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?

Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang....

Apasal la aku malas sembahyang,
siksa neraka cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!

sembahyang itu tiang agama
lima waktu jangan tak cakna
nikmat diberi tidak terhingga
apa disuruh kena dilaksana

apa disuruh kena dilaksana
jangan pulak buat2 lupa
sesibuk mana urusan dunia
tanpa keberkatanNya boleh ke berjaya

Pantun 7

Sapa madah maimunah laju
Lebih laju kapal simanggang
Siapa bilang saya mengkudu
Lebih mengkudu abang seorang

Apek tua menjajak sireh
Sireh dijajak denganlah budu
Cantek molek kamek sik mileh
Asal jangan mata mengkudu

Anak manok terciak ciak
Anak bekut empirok bah batang
Orangnya tua macam nembiak
Siknya sedar maut mok datang.

pantun 6

Abang johan mandik terjun
Mandik terjun di wap kabong
Jangan diamal mandik berembun
Tumbuh bulu menjadi burung.

Buah mangga buah keranji
Burung apa terbang sekawan
Teguh iman memegang janji
Laksana pakuk lekat di papan.

Apa ditakut kayu beringgut
Batang padi duak serumpun
Apa ditakut main berebut
Sapa berani nyalah empun.

pantun 5

Mauk ke pulo nisik bersampan
Ada sampan tebin seberang
Hendak berguro nisik berkawan
Ada kawan kekaseh orang

Saying ke darat ke padang embun
Nemu tekukor mati berendam
Kirumku surat serta pantun
Pakey menghibur hatiku dendam

Sayang meranti kayu bergetah
Dipolah tiang kayu berlubang
Maok kunantik terlalu betah
Maok ku tinggal terasa sayang

Pantun 4

Kubu seratok di atas bukit
Berdekat dengan pokok manggis
Malu kuini bukan sedikit
Siang dan malam tunduk menangis

Baju putih disesah puteh
Setengah puteh sabun pun hilang
Kitak kaseh kamek pun kaseh
Setengahkaseh fitnah pun datang

Kapal berlayar di laut biru
Kain berlipat di atas peti
Udahnya dapat orangnya baru
Urang lamak buang ke tepi

Pantun 3

Sayang labuan pulo di laut
Apa berita pulo yang tumbuh
Salam mu tuan sya menyahut
Rahsia kita disimpan teguh

Sungei bintangor jauh ke darat
Apong hanyut berbelah duak
Kitak ke timur kamek ke barat
Ada suratan bertemulah juak

Kampong perpat jambatan dang Molek
Pasar angus dimakan api
Situk lepas sia pun sik boleh
Buang tanggak berayun kaki

Pantun 2

Bulan rejab bulan syaaban
Tanam padi berimbun daun
Tinggal sekejap rasa sbeulan
Tinggal sehari rasa setahun

Terang bulan di pulo pinang
Sayur terung saya tumiskan
Tengah malam bangun mengenang
Bantal dipelok disangka tuan

Anak raja turulah mandik
Rambutan rempek ngembak buah
Mudah mudahan suratan jadi
Janji marek jangan diubah

Pantun 1

Batu kitang jauh ke darat
Jalan motokar setengah hari
Makin dikenang makin melarat
Dalam tidur timbul berahi

Dari awan bintang berakit
Awanjua akan tambatnya
Dari kitak datang penyakit
Abang di sitok ada ubatnya

Hujan panas ditengah hutan
Mari menimpak kain jeramek
Berkuntum emas berdaun intan
Bolehkah nisik disolek kamek

Melayu - Usman Awang

Melayu itu orang yang bijaksana

Nakalnya bersulam jenaka

Budi bahasanya tidak terkira

Kurang ajarnya tetap santun

Jika menipu pun masih bersopan

Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah

Kecut takut kerana benar,

Janji simpan di perut

Selalu pecah di mulut,

Biar mati adat

Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:

Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu

Banjar juga disebut Melayu, Minangkabau memang Melayu, K

eturunan Acheh adalah Melayu, Jakun dan Sakai asli Melayu, A

rab dan Pakistani, semua Melayu Mamak dan Malbari serap ke Melayu

Malah mua’alaf bertakrif Melayu

(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya Melayu itu

pengembara lautan

Melorongkan jalur sejarah zaman

Begitu luas daerah sempadan

Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya

Kias kata bidal pusaka

Akar budi bersulamkan daya

Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak

Terlalu ghairah pesta temasya

Sedangkan kampung telah tergadai

Sawah sejalur tinggal sejengkal tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga

Tangan masih memegang tali S

edang orang mencapai timba.

Berbuahlah pisang tiga kali

Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti

Masih berdagang di rumah sendiri.

Berkelahi cara Melayu

Menikam dengan pantun

Menyanggah dengan senyum

Marahnya dengan diam

Merendah bukan menyembah

Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan

Setia dan sabar tiada sempadan

Tapi jika marah tak nampak telinga

Musuh dicari ke lubang cacing

Tak dapat tanduk telinga dijinjing

Maruah dan agama dihina jangan

Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali

Silaturrahim hati yang murni

Maaf diungkap senantiasa bersahut

Tangan diulur sentiasa bersambut

Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan

Selaga yang ada sanggup diberikan

Sehingga tercipta sebuah kiasan:

“Dagang lalu nasi ditanakkan

Suami pulang lapar tak makan

Kera di hutan disusu-susukan

Anak di pangkuan mati kebuluran”

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu

Masihkan tunduk tersipu-sipu?

Jangan takut melanggar pantang

Jika pantang menghalang kemajuan;

Jangan segan menentang larangan

Jika yakin kepada kebenaran;

Jangan malu mengucapkan keyakinan

Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana

Memegang tali memegang timba

Memiliki ekonomi mencipta budaya

Menjadi tuan di negara Merdeka

USMAN AWANG

I Love You,Aku Cinta Kamu dalam bahasa dunia

In all part of the world,they sau i love you in thousand ways..

Afrika : Ek Is Lief Vir Jou : Ek Het Jou Lief

Albania : te dua : te dashuroj

Arab (formal) : Oohibbuki (utk wanita) Oohibbuka (utk lelaki)

Armenia : Es kez siroum em : Es zes siroum em : Es siroum em kez : Es siroum em zes

Bengali : Aami tomaake bhaalo baashi : Ami tomay bhalobashi : Ami tomake bahlobashi

Burma : Chit pa de

Brazil : Amo te Bavaria : I mog di narrisch gern Belorussian : Ya kahayu tabe

Bolivia : Qanta munani

Bulgaria : Obicham te : As te obeicham : As te obicham

Croatia : ljubim te Czech : Miluji Te : MILUJU TE! (colloquial form)

Danish : Jeg elsker dig

Dutch : Ik Hou Van Jou

Estonia : Mina Armastan Sind

Ecuador Quechua : canda munani Esperanto : Mi amas sin

Filipina(Tagalog) : Mahal Kita : Iniibig ako

Finland (Finnish) : Minä Rakastan Sinua

Flemish : Ik Hou Van Jou Ik Bemin Je Ik Heb U Lief

Friesian : Ik Hou Fan Dei

Gaelic :Ta Gra Agam Ort

Jepun : Kimi o ai shiteru : Aishiteru : Chuu shiteyo : Ora omee no koto ga suki da : Ore wa omae ga suki da : Suitonnen : Sukiyanen : Sukiyo : Watashi Wa Anata Ga Suki Desu : Watashi Wa Anata Wo Aishithe Imasu

Jerman : Ich liebe Dich Greek : s'ayapo

Greenland : Asavakit

Gujrati : Hoon Tane Pyar Karoochhoon.

Hindi : Mai tumase pyar karata hun (kepada wanita) : Mai tumase pyar karati hun (kepada lelaki) : Main Tumse Prem Karta Hoon : Mai Tumhe Pyar Karta Hoon : Main Tumse Pyar Karta Hoon. : Mai Tumse Peyar Karta Hnu.

Hokkien : Wa Ai Lu Hopi : Nu' Umi Unangwa'ta

Hawaii : Aloha I'a Au Oe Hausa : Ina Sonki

Hebrew : Anee Oheivet Otkha (kepada wanita) : Anee Oheiv Otakh (kepada lelaki)

Hungary : Szeretlek Te'ged :

Szeretlek Iceland : Eg elska thig Indi : Mai Tujhe Pyaar Kartha Hoo

Itali : Ti Amo : Ti voglio Iran : Mahn doostaht doh-rahm

Irish : taim i' ngra leat Jawa : Kulo tresno

Kantonis : Moi Oiy Neya: Ngo Oi Lei ( " )

Kemboja : Kh_nhaum soro_lahn nhee_ah : Bon sro lanh oon

Kanada (Perancis) : Je t'aime ("Saya suka awak") : Je t'adore ("Aku Cinta Padamu")

Kurdish : Ez Te Hezdikhem Korea :Tangsinul Sarang

Latin :Te Amo : Vos Amo Latin :(Ego) Amo Te)

Laos : Khoi Huk Chau

Latvian : Es milu tevi Es tevi milu

Lebanon : Bahibak Lingala : Nalingi Yo
Lithuania :TAVE MYLIU ( Ta-ve Mee-lyu )

Mandarin (Chinese): Wo Ai Ni Malayalam : Ngan Ninne Snaehikkunnu

Mohawk : Konoronhkwa Marathi : Mi tuzya var prem karato

Malta : Inhobbok Navaho : Ayor Anosh'ni Ndebele : Niyakutanda

Norway : Jeg elsker deg (Bokmaal)

Perancis : Je T'aime

Parsi : Tora Dust Midaram : Asheghetam

Parsi (Persian) : Doostat Daram

Pakistani : Mujhe Tumse Muhabbat Hai

Persian : Tora Dost Daram Portugal: Gosto de ti

Polish : Kocham Cie : Yacha kocham : Kocham Ciebie Portugis : Eu Te Amo (pronounced 'eiu chee amu') : Eu Te Adoro : Amo Te

Punjabi : Main Tainu Pyar Karna Romania :Te Iu Besc : Te Iubesc : Te Ador Russia : Ya Vas Lyublyu : Y'a Liou-bliou Tibya : Ya Vac Loobyoo : Ya Tebya Loobyoo : Ya L'ubl'u T'ebya : Ju Ljublju Tebja! : LJUBLJU TEBJA! : Ya Lyublyu Tebya : Ya Polubeel S'tebya. : Ya Tebya Ljublju

Siam (Thai) : Phom Rak Khun (formal,kepada wanita) : Ch'an Rak Khun (formal, kepada lelaki)

Sepanyol : Te Amo : Te Quiero

Sri Lanka : Mama Oyata Arderyi Scot Gaelic : Tha Gradh Agam Ort

Serbia : ljubim te Shona : NdinokudaSranang Tongo : Mi Lobie You Sioux :Techihhila Sinhalese : Mama Oyaata Aadareyi Slovak : Lubim Ta Slovene : Ljubim Te Swahili : Nakupenda

Swedish : Jag Älskar Dig

Swiss-Jerman : Ch'ha Di Gärn Tahiti : Ua Here Vau Ia Oe

Taiwan : Wa Ai Li Tamil : Naan Unnai Kadalikiren

Telugu : Ninnu Premistunnanu.

Tunisia : Ha Eh Bak Telugu/India : Nenu Ninnu Premistunnanu

Tibet: Nga Rang Lha Ga Bu Du

Turki : Ben Seni Seviyurum : Ben Seni Seviyorum Ukrain : Ya tebe kokhayu

Urdu : Main Tumse Muhabbat Karta Hoon

Vietnam : Anh Yêu Em (kepada wanita) : Em Yêu Anh (kepada lelaki) : Toi Yeu Em Vlaams : Ik zien oe gijre : Ik hue van ye Welsh : Fi cariad ti

Yugoslavia: Ja Te Volim Zazi : Ezhele Hezdege

Zulu : Mena Tanda Wena

Balang Mayonis

Di dalam sebuah kelas falsafah, seorang profesor berdiri di hadapan dewan kuliah, meja di hadapannya terdapat beberapa barangan. Tanpa sepatah perkataan, kelas bermula dengan beliau mengambil sebuah balang mayonis yang besar dan mengisinya dengan bola golf. Dia kemudian bertanya kepada para pelajarnya, adakah balang tersebut penuh,dan pelajarnya menjawab "ya!". Profesor kemudian mengambil sekotak batu kerikil halus dan menuangkannya ke dalam balang yang telah dipenuhi bola golf tadi, lantas menggoncang balang tersebut dengan lembut. Bebatu kerikil mengisi ruangan kosong di antara bola-bola golf. Sekali lagi dia bertanya akan pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh, pelajarnya lantas menjawab "ya..." Tanpa menjelaskan apa-apa kepada pelajarnya, profesor tersebut lantas mengambil pula sebuah kotak yang berisi pasir dan menuangkannya ke dalam balang tersebut. Pasir yang dituang mengisi ruangan di antara batu kelikir dan bola golf. Seperti tadi dia bertanya lagi kepada para pelajarnya sama ada balang tersebut telah penuh. Dalam keadaan yang penuh persoalan,rata- rata pelajarnya menjawab "Ya.." Sejurus selepas itu, profesor itu kemudiannya mengeluarkan dua cawan kopi dari bawah mejanya dan menuangkan kedua-duanya ke dalam balang yang telah sedia ada diisi batu golf, batu kerikil dan pasir tersebut. Air kopi mengisi ruangan yang terdapat di antara pasir. Para pelajar mula ketawa dan tersenyum meihat tindakan profesor tersebut. "Sekarang... " profesor mula bersuara apabila riuh rendah dan gelak ketawa pelajarnya berkurangan. "Saya mahu anda semua menganggap balang ini sebagai kehidupan anda... Bola-bola golf mewakili perkara penting - Tuhan, keluarga anda,anak-anak, kesihatan anda, kawan-kawan dan semangat anda - Jika anda kehilangan segalanya dan hanya perkara penting ini yang masih anda ada, hidup anda masih penuh. Batu kerikil halus ini pula mewakili perkara-perkara lain seperti kerja anda, rumah atau kereta anda, manakala pasir pula mewakili perkara-perkara lain, yakni perkara-perkara kecil." "Jika anda memasukkan pasir ke dalam balang dahulu..." "... anda tidak akan mempunya ruang untuk batu kerikil dan bola golf. Ini sama juga seperti kehidupan anda. Jika anda menghabiskan masa dan tenaga untuk perkara-perkara kecil, anda tidak akan mempunyai ruang untuk perkara yang sebenarnya lebih penting untuk diri anda." "Ambilperhatian untuk perkara yang kritikal untuk kebahagiaan anda. Luangkan masa gembira untuk anak-anak. Sentiasa melakukan pemeriksaan kesihatan, bawa pasangan anda untuk makan malam, yang pasti, anda akan masih ada masa untuk membersihkan rumah atau urusan lain. Sila ambil berat akan bola golf dahulu - iaitu perkara yang benar-benar penting. Tetapkan keutamaan. Perkara lain cumalah pasir..." Salah seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bertanya apakah pula yang diwakili oleh air kopi. Profesor tersebut tersenyum. "Saya gembira ada yang bertanya. Ianya menunjukkan bahawa tidak kira bagaimana penuh pun kehidupan anda, akan sentiasa ada ruang untuk secawan dua kopi bersama rakan-rakan. .." Renungan untuk semua. Apabila kehidupan anda seakan terlalu penuh dan tampak sukar untuk diuruskan, apabila 24 jam sehari seperti tidak mencukupi, ingatlah kisah "Balang Mayonis dan 2 cawan kopi ini... "

Mutiara Kata 5

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. *Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya. *Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga *Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya. *Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana *Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. - William J. Siegel *Setiap bunga mawar pasti ada durinya. *Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya *Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya. *Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik. *Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya. *Barang siapa menanam, dia yang akan menuai. *Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah. *Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci.Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan *Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh ekor di atas pohon. *Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna *Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati. *Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa Arab *Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh. *Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam harta. *Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong. *Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. - Charles Cahier *Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong *Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya. *Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -Said Mustafa *Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi *Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan. *Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu, berilah mereka nasihat dengan perbuatanmu. *Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata. *Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain *Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. -Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. -Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. -Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati. *Menyimpang seinci, rugi seribu batu. - Peribahasa Cina *Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya *Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK. *Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai *Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu -Whittier *Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga *Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian *Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali. *Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa *Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. *Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda fikirkan itulah anda *Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. *Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan. *Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. *Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran. - Flower A. Newhouse

mutiara kata 4

Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar. *Kepala yang tidak mempunyai fikiran sama halnya dengan sesebuah benteng yang tidak dibela -Napoleon Bonaparte *Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan. *Apabila bicara itu perak, diam adalah emas. *Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab -Nabi SAW *Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang. *Menghairankan sekali, orang yang mencuci wajahnya berkali-kali dalam sehari, tetapi tidak mencuci hatinya walaupun sekali setahun. *Barangsiapa menyebarluaskan berita-berita kekejian yang didengarnya, maka dia seperti pelakunya. *Keikhlasan mempunyai kilauan dan sinar, meskipun ribuan mata tidak melihatnya. *Jangan tertarik kepada seseorang kerna parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. *Jangan memberi makanan kepada orang lain yang anda sendiri tidak suka memakannya. *Sungguh benar bahwa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya,tetapi sungguh benar pula bahwa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita mendapatkannya. *Musibah dalam harta lebih ringan daripada musibah dalam kehormatan. *Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika bertemu seseorang yang sangat bererti dan mendapati pada akhirnya bahawa tidak demikian adanya dan harus melepaskannya pergi. *Beritahukan kepadaku apa bacaan-bacaanmu, nescaya aku akan beritahu siapa diri kamu ini. *Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. *Kita tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu. *Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah. *Keutamaan akal ialah hikmah kebijaksanaan, dan keutamaan hati ialah keberanian. *Barangsiapa yang hari ini sama dengan kelmarin, maka tertipulah dia, dan barangsiapa hari ini lebih jahat dari kelmarin, maka terkutuklah dia. *Kesempatan yang kecil seringkali merupakan permulaan daripada usaha yang besar. *Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama. *Tidak lurus keimanan seseorang kecuali jika hatinya lurus, dan tidak lurus hati seseorang kecuali jika lurus lidahnya *Sesiapa yang tidak berfikir panjang, kesusahan telah bersedia di mukanya -Khong Hu Cu *Orang bijaksana tidak sesekali duduk meratapi kegagalannya, tapi dengan lapang hati mencari jalan bagaimana memulihkan kembali kerugian yang dideritainya. *Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan cemerlang. *Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya. *Bukti akal fikiran seseorang ialah perbuatannya, dan bukti ilmunya ialah ucapannya. *Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar. *Pandanglah segala sesuatu dari kacamata oranglain. Apabila hal itu menyakitkan hatimu, sangat mungkin hal itu menyakitkan hari orang lain pula. *Tentang Waktu -Ambilah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan. -Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi. -Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan. -Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan. -Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. -Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan. -Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah musik yang menggetarkan hati. -Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti. -Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan. -Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga. *Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya. *Tidak penting bagimu mengetahui harganya, tetapi penting mengetahui nilainya. *Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan *Sekali anda terjatuh, jangan jatuh untuk berkali-kali Menikmati kehidupan itu adalah lebih baik dari hanya sekadar memerhati kehidupan

mutiara kata 3

*Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya. *Hidup biarlah berbakti, walaupun tidak dipuji *Seorang boleh menipu seseorang sekali-sekala tetapi orang yang sama tidak boleh menipu semua orang pada masa yang sama *Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat. *Kamu dapat mengenal lebih banyak tentang diri seseorang itu dari adab dan pertanyaannya, bukan dari jawapan-jawapannya -Voltaire *Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan. *Hari ini bila ia datang, jangan biarkan ia berlalu pergi. Esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali *Lebih baik tidur dengan perut yang lapar daripada bangun tidur dengan banyak hutang -Anonim *Orang cerdik yang mengenal dunia, terungkap baginya musuh yang berbaju kawan. *Pengumpul harta belum tentu memanfaatkannya, dan yang memanfaatkan harta belum tentu yang mengumpulkannya. *Sesuatu yang baik, belum tentu benar. -Sesuatu yang benar, belum tentu baik. -Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga. -Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus. *Jangan abaikan permintaan orang, kalau tidak mahu permintaan kamu diabaikan orang. *Agama menjadi sendi hidup, pengaruh menjadi penjaganya. Kalau tidak bersendi, runtuhlah hidup dan kalau tidak berpenjaga, binasalah hayat. *Orang yang terhormat itu kehormatannya sendiri melarangnya berbuat jahat. -Pepatah Arab *Barang siapa membawa berita tentang orang lain kepadamu, maka dia akan membawa berita tentang dirimu kepada orang lain. *Nikmat itu kadang-kadang tidak disedari, hanya apabila ia telah hilang barulah manusia benar-benar terasa *Emas diuji dengan api, wanita diuji dengan emas dan lelaki diuji dengan wanita. *Orang yang berbohong itu sentiasa ingin melarikan diri sedangkan tiada seorang pun yang mengejarnya namun orang yang benar itu berani seperti singa -Goethe *Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu. *Kawan sejati ialah orang yang mencintaimu meskipun telah mengenalmu dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan burukmu.

Mutiara Kata 2

*Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini
*Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang tidak ada satu pun manusia jalang -Aristotle
*Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih menyeronokkan.
*Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya. *Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya. Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
*Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.
*Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan daripada orang lain. *Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan
*Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka
*Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan terlindung dari kejahatannya. *Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain
*Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire
*Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap kehidupan. *Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.
*Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali. *Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan api kemarahan dalam diri.
*Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. *Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan
*Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun,dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.
*Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah Mansur M.H *Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.
*Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian *Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
*Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata, pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan.
*Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
*Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai
*Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat,kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan