Mutiara Kata 5

Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan. *Orang yang paling mampu menguasai dirinya ialah yang paling mampu menguasai rahsianya. *Tiap-tiap sesuatu, apabila banyak menjadi murah melainkan akal, bertambah banyak lagi berharga *Orang yang mengikuti emosinya, akan kehilangan adabnya. *Sekalipun tidak pernah menjadi kaya-raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana *Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. - William J. Siegel *Setiap bunga mawar pasti ada durinya. *Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan, seperti durian berduri kerana sedap isinya, kulit manggis pahit sebab manis di dalamnya dan bunga ros berduri kerana harum baunya *Jangan sesekali menyalahkan kesilapan diri sendiri kepada orang lain kerana orang yang tidak mengakui kelemahan diri sukar untuk berjaya. *Mungkin diam itu suatu jawapan yang baik atau mungkin pula teguran dan nasihat yang baik. *Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal terbaik,mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya. *Barang siapa menanam, dia yang akan menuai. *Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah. *Fikirkan permusuhan kita akan dimusuhi, fikirkan kebencian, kita akan dibenci.Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih maka kita akan dikasihi. Ini adalah undang-undang alam. Kita menjadi seperti apa yang kita fikirkan *Seekor burung di tangan lebih baik daripada sepuluh ekor di atas pohon. *Hidup ini adalah warna-warni yang terlakar pada kanvas, walaupun tidak cantik ia tetap mempunyai sejuta makna *Ada hal-hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan untuk mengatakannya. Namun demikian, janganlah menulikan telinga untuk mendengar dari orang yang mengatakannya dengan sepenuh hati. *Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa Arab *Membalas kebaikan dengan kejahatan adalah perangai yang serendah-rendahnya. Membalas kejahatan dengan kejahatan,bukanlah perikemanusiaan. Membalas kebaikan dengan kebaikan adalah hal biasa. Membalas kejahatan dengan kebaikan adalah cita-cita kemanusiaan yang setingginya. Kita harus sanggup hidup untuk memberi cita-cita itu bertumbuh. *Berkhianat dalam ilmu lebih jahat daripada berkhianat dalam harta. *Sebuah pedang diketahui keampuhannya sesudah memotong. *Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. - Charles Cahier *Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong *Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya. *Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan. Namun kita harus menuju ke sana. Ada orang yang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar. Padahal mudah, kerana ia dimulai daripada dirinya sendiri -Said Mustafa *Setiap kali tersadung, ingatlah kita tidak mahu terjatuh lagi *Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan. *Sebelum memberi nasihat kepada manusia dengan ucapanmu, berilah mereka nasihat dengan perbuatanmu. *Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata. *Orang mulia menyalahkan dirinya, orang bodoh menyalahkan orang lain *Kata-kata yang diucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. -Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. -Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. -Kata-kata yang penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati. *Menyimpang seinci, rugi seribu batu. - Peribahasa Cina *Kebanyakan orang membuang banyak masa dan tenaga untuk memikirkan masalah dan bukan cuba untuk menyelesaikannya *Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK. *Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai *Apabila kepercayaan telah hilang lenyap, kehormatan telah musnah, maka matilah orang itu -Whittier *Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga *Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian *Kecemerlangan sebenar adalah apabila anda dihentam sehingga bertekuk lutut, tetapi mampu melantun kembali. *Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia ,umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa *Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman. *Anda bukan apa yang anda fikirkan tentang anda, tetapi apa yang anda fikirkan itulah anda *Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan. *Biarpun jalan itu panjang, kita akan merintisnya perlahan-lahan. *Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu. *Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran. - Flower A. Newhouse

No comments: